teruskan~

masuk hari dah dekat 2 minggu aku belajar kat CUCMS...banyak menda dah berlaku dalam masa 2 minggu ni...pagi tadi aku dah buat exam final untuk block biochemistry...tapi sangat sedih pasal dah 2 kali assesment aku dapat markah below than 50 %...

banyak betul cubaan belajar sini..especially kena convert bahasa indonesia ke bahasa inggeris..kadang-kadang dalam kelas nganga ja sebab tak paham apa...tapi mungkin dalam proses adaptasi..insyaALLAH usaha akan dipertingkatkan...mudah-mudahan akan lebih baik pada masa akan datang...

dah dapat banyak kawan baru kat sini..kat rumah aku saja dah ada 7 housemates..group studi ada 8 lagi...classmates plak dah mula kenal-kenal...hoho..

kat cucms ni cuma aku sorang dari batch 07 masuk...banyak yg pergi UCSI..kat UCSI ni diorang dapat masuk 1st year 2nd sem..advance 1 sem dari aku...ada jugak yang pergi AIMST, diorang masuk 2nd year 1st sem..advance 1 tahun..hm..mungkin rezeki aku kat cyberjaya...(aku tak apply pun untuk AIMST dan aku tak pergi UCSI punya interview...)

bagi aku biarlah aku mula dari awal lagi sebab aku tau aku akan ketinggalan lebih jauh untuk cover tahun pertama kalau aku terus masuk tahun ke 2 ... play safe..hehe

apa-apa pun dah tersurat untuk aku di sini...so semangat!!!


aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab ramai yang mendoakan kebaikan kepada aku...

warkah buat sahabat~

mungkin pertama-tama kali dari hati yang paling dalam aku nak minta maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan aku kat padang sana sebab secara tiba-tiba aku pergi dan tak kembali lagi..


aku telah kembali ke tanah air sejak hari ahad lepas sebab aku nak mencari peluang untuk belajar di Malaysia..

alhamdulillah setelah di interview aku berjaya mendapat tempat di Cyberjaya University College of Medical Sciences..dan aku telah mengikut perkuliahan sejak 3 hari yang lalu...

untuk pengetahuan aku telah bermula dari nol balik..mulai merangkak lagi untuk menggengam segulung ijazah perubatan yang aku usahakan sejak tahun 2007...dan sekarang bermulalah lembaran baru diary aku...

mungkin pemergian ini secara tiba-tiba tapi kalau ini kehendakNya manusia tidak dapat menghalang walaupun sekuat mana tenaga di perlukan..Allah telah menetapkan jalan yang terbaik buat hambaNya..mudah-mudahan jalan yang diberikan akan bermanfaat dan dirahmati..

kepada Udo, Irvan, Choga dan sahabat-sahabat yang tak pernah sunyi menemani hari-hari indah di Padang aku ucapkan setinggi langit ucapan terima kasih dan semoga segala kebaikan yang kalian curahkan buat diri ini dibalas oleh Nya dengan sebaik-baik balasan..

walaupun bukan perpisahan yang diminta tapi perpisahan itu pasti terjadi..aku sedar aku melukai hati ramai orang..i'm sorry again...


doakanlah kejayaan aku untuk masa depan yang lebih baik~

gempa PADANG~







aku sudah selamat tiba di rumah (untuk pengetahuan kawan-kawan)..aku selamat dan sihat walafiat..

sedikit diari tentang perjalanan yang terjadi sewaktu gempa kemarin~

30/09/09 sekitar jam 5 petang..

-aku sedang melayari internet..baru je bukak facebook..dalam 10 minit kot bukak internet..tiba-tiba ada gempa...mula-mula tak kuat sangat, so aku pun rileks lagi (dah terbiasa)..lepas tu semua orang dalam CC tu keluar, aku pun ikut keluar sama..jejak kaki je kat tanah luar tu tiba-tiba ada goncangan yang amat kuat..aku terjatuh dan cuba sedaya upaya menstabilkan diri di atas tar..semua orang disekeliling aku dah rebah..tak de yang mampu berdiri..bila gempa dah slow sikit aku pun cepat-cepat lari ke rumah aku...cuma nak pastikan semua orang-orang disekitar rumah tu selamat..aku tengok ibu Ai (jiran aku) dah nangis..anak-anak kos dia plak tak sempat pakai baju proper cuma sempat kelumbung ngan kain telekung..kak sya, kak diana lak dah muka cuak..tapi semua tak apa-apa..alhamdulillah..

aku masuk dalam rumah..check Cecil (kamera kesayangan)...alhamdulillah cecil masih selamat di atas meja..tv rumah aku dah sujud menghadap tanah..buku-buku dah jatuh berselerakan..aku keluar ambil cecil..nak ambil gambar peristiwa ni~

.keadaan dah makin kacau bilau...ramai orang sedang mara ke area limau manis sebab sana kawasan 'hijau'..semua takut padang kena tsunami...

kami anak-anak malaysia berpakat tunggu kat fakulti...malam tu kami gerak ke kawasan yang lebih tinggi..kami menuju ke Gunung Pangilun...perjalanan 5 kilometer berjalan kaki...

malam tu semua disumbatkan kedalam 1 rumah...aku sendiri pun dapat tempat kat tempat kasut...tapi darurat punya pasal aku tak kisah..siap tidur lagi atas lantai berbantalkan selipar jepun~

01/10/09 sekitar pukul 7.30 pagi...pelajar diarahkan pulang ke rumah masing-masing..siapkan barang-barang keperluan seperti dokumen perjalanan dan barang-barang berharga..kami disuruh berkumpul di fakulti jam 12...sepanjang jalan balik rumah, aku tengok jalan-jalan crack, rumah roboh & rumah terbakar..

dah sampai rumah aku sempatkan diri untuk tidur sebentar..tengah syok-syok tidur ada gempa susulan yang tak beberapa kuat..aku just abaikan dan sambung balik tidur...

pukul 12, kami berkumpul di tempat yang dijanjikan...dengan harapan yang diberikan bahawa kami akan dievakuasi...

tunggu punya tunggu last-last datang jugak pegawai kedutaan dari Jakarta..diaorang pun beri keyakinan bahawa keputusan dah dibuat..pukul 7 baru gerak ke airport dengan menggunakan kendaraan yang pelbagai..dari bus, angkot, malah van sewaaan~

sampai-sampai airport aku tengok flight yang pertama belum lagi berangkat..budak-budak masih banyak bergelimpangan di airport..macam tak jadi balik je...lepas pukul 12.40 baru ada harapan lagi sebab batch pertama dah naiki pesawar TUDM balik ke malaysia...aku nye flight pukul 4..itu pun setelah kerahan tenaga untuk angkat barang bantuan dari pesawat ke dalam bangunan airport...

02/10/09-pukul 6 sampai ke Malaysia~


selamat hari raya~

mohon maaf zahir dan batin kepada kawan-kawan atau sesiapa saja yang mengenal diri daku...




ditujukan kepada sesiapa yang tidak balik kampung~ngeh ngeh ngeh~

Bandar Darul Aman sunset~







sekitar jalan-jalan sewaktu cuti hari tu...ada beberapa lagi maybe lain kali akan di upload...

kembali~

'telah kembali'

sudah lebih sebulan blog ni tak berpenghuni...dan aku kembali untuk menulis..maafkan aku kalau ramai yang tertunggu-tunggu..hehe(perasan nak mati)..


aku sekarang kembali ke padang untuk meneruskan perkuliahan semester baru di tahun ke 3 pengajian...pejam celik-pejam celik dah 3 tahun aku kat sini (pre medical, 1st year dan 2nd year)...

hari aku start kelas dengan tajuk pengenalan blok pencernaan dan nutrisi...di sambung dengan kuliah embriologi susunan percernaan..dan diakhiri dengan praktikum anatomi..jumpa balik encik-encik cadaver yang lama tak bersua...dah bertambah keluarga baru cadaver kali ni...hehe..oleh sebab dah lama tak terdedah dengan bau formalin duduk dalam tu boleh membuatkan aku jadi gila...tapi alhamdulillah selepas 10minit akhirnya kembali beradaptasi...

actually, aku hanya di padang untuk 2 minggu...dan 18 hb aku akan kembali ke kampung halaman untuk berhari raya...tapi cuma 9 hari sahaja..27 hb aku balik semula ke padang~

insyaAllah selama 2 minggu ni aku akan kembali menulis seperti sediakala...~~~

remedial~

confirm!!

aku repeat paper endokrinologi & reproduksi..


cis..aku akan balik padang 6 ogos, paper 7 ogos pukul 8 pagi, dan balik semula ke malaysia 8 ogos...haish!~

then baru aku akan cuti sampai 6 september...

Kronisme

  © Blogger template 'Photoblog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP