topic ni bukan stakat khas utk melayu je, mamak pun termasuk gak sbb dorang ni la mula2 skali pekenal benda2 syirik ni..alkisahnya aku g makan mee hailam kat food court kat 1 shopping complex ni la..ngah2 order aku ternampak satu azimat yang peniaga ni pelekat kat dinding stall dia..aku try nak baca tapi xpaham apa yang dia tulis..ngan tulisan jawi yang tak jelas atau aku klasifikasi sebagai jawi cakar ayam..serius shit...aku da menyiarap dah senarnye..tetiba aku jadi tak lalu makan...
erm..ni bukan kisah pertama la..sebelum ni kalau sesapa yang biasa makan kat rest mamak penang atau kedah atau perlis mesti terperasan dorang slalu gantung gambar sultan abd hamid..dengan niat sebagai pelaris jualan dorang...wth..sultan tu menurut cerita punyai daulat gile babeng besar..kisah dia pijak jambatan sampai runtuh..then dengan ke'daulat'an yang tak de tandingan nya gambar2 beliau memakai bulu burung merak di jadikan modal pelaris oleh tauke2 kedai makan kat belah2 utara (penah nampak kat area kl)
(sultan abd hamid)ni gua petik dari satu blog
Yusuf Al Qardawi dalam bukunya telah menetang penggunaan ayat Al Quran yang digunakan sebagai tamimah (azimat tangkal). Ini menurut Yusuf Al Qardawi adalah berdasarkan beberapa dalil.
1. Larangan terhadap berbagai tamimah adalah umum, kerana hadis-hadis tidak mengecualikannya walau pun sedikit.
2. Menutup pintu kerosakan. Membolehkan atau mengharuskan tamimah yang terdiri dari ayat-ayat Al Quran digantung akan membawa kepada terbukanya ruang untuk menggantungkan sesuatu yang lain, dimana pintu kejahatan bila dibuka tidak dapat ditutup.
3. Mengharuskan tamimah akan membawa terdedahnya Al Quran kepada kehinaan dimana orang-orang yang menggantungnya akan membawa ke tempat-tempat najis dan akan membawanya ketika membuang air, ketika dalam janabah, datang haid atau lainnya.
4. Selain itu ia akan membawa kepada tidak menghormati Al Quran dan meringan-ringankannya serta bertentang dengan apa yang terkandung di dalamnya. Allah SWT menurunkan Al Quran untuk menunjuki manusia kepada jalan yang lurus serta mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada sinar cahaya, bukan digunakan untuk tamimah serta bukan juga digunakan sebagai penjaga, pendinding kepada orang-orang perempuan dan kanak-kanak.
Perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin. Dalam konteks ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin 72:6 )
so sesapa yang penah tgk benda2 ni kat kedai2 makan kalau berani sila la tegur..aku sedih bila org melayu islam tak sedar berapa besar dorang tanggung dosa dorang ni...kalau kita nak minta sesuatu tak perlu perantara pape..just minta dari Allah dan kena yakin bahawa Allah maha memberi..jgn kita percaya kepada benda2 syirik ni...bahaya dari segi aqidah...ni salah bida'ah terbesar yang org2 melayu kita buat..
2 comments:
macam-macam hal.. kalau gua nak pakai pelaris.. gua cari je mana2 amoi pakai bikini senang.. kah3
demmmm..mmg laris habis la ko nyer kedai..hahaha
Post a Comment