Agama eklusif~

'lain kali datang masjid pakai la songkok, manis skit' bisik seorang bilal ke telinga aku ketika tgh siap2 nak sembahyang maghrib..gua tersentak, terkelu, tergamam..tak berkedip bila ditegur sedemikian..ironi nya aku hanyalah seorang daripada beberapa orang jemaah yang ingin menunaikan solat di masjid tu...

begitulah betapa eklusif nya agama Allah di bumi kita skrg..seolah-olah Islam dicipta kepada sebahagian golongan dan menidakkan hak kepada golongan2 yang lain..ini bukan kali pertama peristiwa macam ni berlaku..manusia suka memberatkan hal2 yang sepatutnya dimudahkan oleh Allah sehingga kita takut kepada Islam itu sendiri..tidak cukup maniskah aku yang telah pun menutupi aurat malah melebihi aurat tersebut dengan memakai sepasang pakaian lengkap ketika solat (kebiasaan di rumah aku cuma berpelekat dan menutupi aurat...selesa)...tetapi kerana adat menjadikan agama Islam itu eklusif dan memakai songkok lebih menjadi keutamaan tanpa memikir betapa liat nya anak muda ni mau menjejak kaki ke masjid..

bukan stakat ni saja, perempuan melayu pun ada kerenah nya...perempuan melayu kebiasaan nya akan memakai telekung utk solat..tetapi menyedihkan bilamana terdapat perempuan yang sanggup meninggalkan solat kerana tidak membawa telekung, atau telekung dia masjid/surau berwarna kusam!walhal perempuan2 ni dah pun memakai pakaian yang rapi dan menutup aurat..

tanpa sedar bila kita dah menjadi kan agama ni eklusif, kita dah menjarakkan niat orang utk mendekati Islam..bila kita memberat2kan agama ni kita dah bg satu pandangan bahawa Islam itu sulit dan menyulitkan sehingga orang2 non muslim menjadi takut utk belajar Islam..

sebagai contoh, dulu ada cadangan utk membina masjid cina..aku antara penyokong pembinaan masjid tu utk memudahkan urusan dakwah kepada bangsa2 cina sebagaimana wujudnya masjid india..dengan menempatkan pendakwah2 yang memahami masalah dan bahasa tidakkah urusan dakwah lebih menyenangkan..tapi beberapa kerat orang melayu cuba menggagalkan usaha murni ni sbb mereka ber'politiking' lebih...dengan mengaitkan DAP kononnya cuba memecah belahkan Islam..walhal manfaat dari masjid ni lebih besar benda agenda politik melayu dorang ni...sehingga orang2 cina beranggapan Islam ni eklusif kepada orang melayu, dan mereka menganggap masuk Islam adalah bererti menjadi melayu...

Begitu juga di pusat2 pengajiaan tinggi...usrah & jemaah telah mengeklusifkan agama tanpa sedar..dengan melabelkan itu budak2 usrah, ini budak bukan usrah sehingga mewujudkan jurang antara usrah dan non usrah..lebih aib bila anak2 non usrah di anaktirikan dan diberikan layan halai balai hanya kerana mereka tidak mengikuti usrah..tidakkah mereka itu juga orang Islam tetapi malangnya dipandang sama seperti budak2 cina dan india..seolah-olah mereka itu jahil dan tidak layak utk mendapat sesuatu sama seperti budak2 usrah....typical usrah melayu, sama saja samada usrah budak2 melayu di indonesia ataupun di malaysia sendiri...aku penah rasa dua2....*melabel dan dilabel*..

perselisihan jemaah juga sama..kadang2 bergadoh antara jemaah...aku tak suka jemaah tu, ko tabligh aku PAS mana masyuk, aku JIM ko salaf mana geng, aku ikhwan ko pekida lain dowh, aku x suka jemaah kau, aku tak suka itu aku x suka ini...walhal tujuan berjemaah sebenarnya nak menyatukan orang2 islam tapi dalam masa yang sama pertelingkahan jemaah pun dah jadi isu utk mejarakkan dua insan....sehingga ada yang sindir menyindir dan tak kurang maki memaki...

8 comments:

[ AlexumaR ] said...

"typical usrah melayu, sama saja samada usrah budak2 melayu di indonesia ataupun di malaysia sendiri...aku penah rasa dua2...."

input yg bagus.

lebihan itu hnya utuk mereka yg lain lebih berminat dan mendekati

renung2kan

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

cuma kdg2 lebihan tidak pada tempat. diskriminasi dan lebih malang dilakukan oleh2 orang2 yang dipandang tinggi dan respected dikalangan mereka. aku jahil. tlg nasihatkan kalau salah.

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

eh, baca balik quote tu aku ada missing sumthing yg org akan salah paham..dah tambah balik tq umar :D

beatryna said...

hmm... termenung. sesama ahli jemaah pun berlaku jugak perselisihan faham.

chaq said...

well written sayyid!

Muhammad Sayyid bin A Rahman said...

ainaa, hati sama merah tp kerja berbalah

chaq, tQ..weh hilang lama lagi..apecer?

chaq said...

haha mana ada lama hilang. final year kot, bz skit. blog pun dah jarang update. lepas exam june ni aktif balik kot. tp aku slalu ja baca entry2 blog hg. haha

saya afi said...

:)